Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Sunday 28 April 2013

Mencari Duit Lebih?


Assalamualaikum dan hola!
Seperti yang anda lihat, post sebelum ini di bersihkan daripada blog yang dah berdebu hama tahap dewa ni sebab nak bermula untuk menaip benda baru.

Jadi, setelah 9 bulan kehidupan sebagai pelajar asasi di PASUM, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, boleh kira diriku ni dah graduate walaupun asasi tak ada Graduation Day. Last day paper tu dah boleh kira hari aku graduate. Tak baling topi, tapi baling kertas exam yang hampir merosakkan masa depan aku. Sadis.

Mulalah aku sebagai penanam anggur yang setia di rumah. Jadi kalau nak cari duit lebih tu means bekerja dengan jayanya mungkin awal bulan 5 lah sebab nak rehatkan dan kosongkan minda dari gangguan malapetaka exam dulu.

First thing, aku kat sini nak buat saving account as saving aku sekarang cukup beli cekodok 3 ketul ikat tepi.
Kalau ikutkan hati yang kudus ni nak beli emas then simpan as saving. Mungkin kena buat research, tapi macam mana pun nak beli emas kena lah ada duit. Kena kerja dulu, ada duit, beli emas, buat saving, dua tiga tahun kahwin. Puih haktuih.

InsyaAllah kalau tiada aral menghalang, saving account ni terjadi. Ni antara wishlist aku untuk cuti ni daripada tak buat apa langsung :)

No comments:

history