Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Monday 13 May 2013

Bila Melayu Nak Maju

Assalamualikum dan Salam Sejahtera
hello!

bukalah minda, ubah persepsi dan tingkatkan mentaliti.

Mungkin tajuk di atas agak kasar. Tapi itulah kenyataan. Maksud aku, Melayu yang di bawah. Bukan di atas yang dah mendongak langit dan taknak pandang bawah. Bukan semua tapi kebanyakannya. Wawasan 2020, agak agak dalam tempoh 7 tahun lagi ni boleh tercapai ke tidak? Adakah kaum Melayu seiring dengan yang lain dalam mencapai Wawasan 2020? haih, masa akan membuktikan.

Aku risau, dengan kaum aku sendiri yang sedang berpecah belah saling menunding jari ke orang lain. Bila nak maju woi macam ni? Takkan nak biar orang lain gelak dekat kita. Bukan mahu jadi rasis ke apa, aku cuma mahukan kaum aku berdaya lain dengan semua kaum di Malaysia. Apa salah kita sama sama bangkit kan. Sampai bila kita mahu jadi minoriti dalam ekonomi di tanah kita sendiri.

Aku cakap ni termasuklah dekat diri aku sendiri, aku sedar kadang kadang aku ambil mudah atas sesuatu benda. Semua nak cepat dan senang. Mulai hari ni, aku nak cuba ubah. Sedikit demi sedikit lama lama jalan juga.





Hari ni juga aku tengok di mana kaum aku sendiri menjatuhkan sesama sendiri. Yang gah di langit langsung sikit tak terdetik di hati nak pandang dan tolong golongan bawahan, kerjanya nak menipu orang yang cuba bangkit dengan mencuba nasib melabur, yang kaya makin kaya. Profesor aku cakap:

"Bila dah berjaya, jangan jadi bangsa yang bangsat"

Aku akan ingat ayat ni sampai mati. Apalah salah kalau kita dah alang alang pergi masjid tunaikan solat jumaat kita hulur sikit dekat tabung masjid, lain kali kita juga yang nak datang solat, manalah tahu organisasi masjid nak tingkatkan kualiti dan kemudahan masjid. Kita juga yang senang. Pahala pun dapat. Ini tidak, dah lah pergi masjid pun tak, kerja nak hina orang walaupun bukti tak sahih.

Harapan disini, anak muda Melayu, bangkitlah. Cuba ubah nasib dengan peredaran masa. Sampai bila kita nak duduk ni takuk yang lama. Sampai bila nak makan gaji. Sampai bila nak jadi kuli. Fikirlah sendiri. Pandang masa depan, fikirkan diluar kotak.

2 comments:

Anonymous said...

Can you bet on sports toto? - Sporting 100
The US gambling sites allow bettors to wager on sports games to win, while those 스포츠 토토 사이트 sportsbooks also allow for betting on betting on specific sporting events.

edwonnaftzger said...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
Harrah's 안성 출장샵 Cherokee 대구광역 출장마사지 Casino 보령 출장마사지 & 서울특별 출장마사지 Hotel 광명 출장샵 - TripYRO

history