Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Tuesday 7 May 2013

Kebaikan dan Keburukan Pendidikan Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hello!

Seperti yang sedia maklumlah kan, semua orang tahu Pilihanraya Ke 13 baru je habis. Dan isu 'Pendidikan Percuma' antara yang hangat diperdebatkan. Ada yang mengatakan pendidikan percuma perlu di negara kita Malaysia sebab dapat meringankan beban rakyat dan juga dapat melindungi generasi muda dibebani hutang. Ada juga yang kata jangan buat pendidikan percuma, sebab ada keburukan tertentu. Dekat sini ada kebaikan dan keburukannya.

Seperti yang kita tahu juga, PTPTN juga menjadi isu. Ada yang kata kita perlu hapuskan PTPTN disebabkan kadar bunganya yang tinggi menyebabkan pelajar di bebani hutang pada usia muda, tak kurang juga ada yang kata kita kena kekalkan sebab dapat menolong pelajar yang kurang bernasib baik. Jadi, bagi diri aku ni, aku tak nak cakap lah apakah perlu pendidikan percuma itu ataupun perlukah PTPTN dimansuhkan. Aku cuma nak bagi pendapat aku tentang kebaikan dan keburukan pendidikan percuma.

Kebaikan.

  • Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik menyambung pelajaran
  • Tidak menyebabkan pelajar dibebani hutang pada usia yang muda 
  • Pelajar dapat belajar dengan tenang tanpa memikirkan isu masalah wang
  • Semua pelajar dapat menyambung pelajaran 

Keburukan
  • Pelajar ambil mudah dengan bantuan yang diberi
  • Belajar main main
  • Kemungkinan kemerosoton dalam bidang pendidikan
  • Belanjawan untuk pendidikan dimasukkan dalam bajet ekonomi negara
Jadi dekat sini, bagi pendapat yang aku bagi ada kebaikan dan keburukannya. Mungkin ada lagi. tapi aku tidaklah arif bab bab sebegini. Aku cuma beri apa yang tercetusnya dalam fikiran aku.

Bagaimanapun, kerajaan haruslah memaikan peranan utama dalam perkara sebegini. Kena cari jalan penyelesaian yang paling efektif dan produktif. Sampai bila kita mahu duduk di takuk yang lama. Rakyat Malaysia haruslah ubah mentaliti dan matangkannya. 

Salam 


No comments:

history