Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Wednesday 15 May 2013

Memulakan Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hello!

Hari ni bru masuk hari kedua aku bekerja. Hee. Kerja apa yang aku buat? Dah nama pun penanam anggur termahsyur, buat kerja yang bersesuaian lah. Aku sekaran bekerja di Open University Malaysia (OUM) as a part timer di Examination Unit. Aku dapat kerja ni pun bila ada sorang brader tah macam mana boleh jadi baik dengan aku dia tawarkan kerja dekat tempat dia kerja.



Kerja aku senang je dan aku rasa gaji pun dah cukup serta berpatutan gitu. Masukkan skroll dan trankrip convocation ke dalam plastik dan tandakan nama. Cukup senang, tapi pishang lah duduk dalam bilik tu lama-lama. Sebab pertama ialah skroll dan transkrip tu bukannya sikit, banyak. Ada satu program tu sampai 4 RIBU skroll dan transkrip pula ada 8 RIBU! Nak kena pastikan di susun ikut abjad lagi. Memang pishang.

Satu lagi aku rasa yang memenatkan kerja aku ni sebab tempat tinggal aku sekarang dekat Seri Kembangan, dan tempat kerja aku dekat Jalan Tun Ismail. Berhampiran dengan PWTC tu. At least ambil masa dekat 30minit naik motor buah hati kesayangan aku tu. Nak mengharungi jem lagi.

Perkara yang aku seronok dengan kerja aku ni. Pertama, suasana pekerjaan aku dalam office, macam dalam office dalam tv tu. Haa, lebih kuranglah cuma aku tak adalah dapat meja sebijik untuk aku buat kerja. Kedua, setakat hari ni, workmate aku bagus bagus belaka, maksudnya tak ada yang nak tuang kerja. Mungkin awal sangat aku nak menilai, tapi setakat ni, macam ni lah aku nilai dorang. Ketiga, waktu kerja ikut office hour, masuk 8.30 balik 5.30 dan Isnin sampai Jumaat. Tapi selalunya start kerja aku buat pukul 9, pukul 5 dah stop kemas kemas angkat beg nak balik.

Duit gaji pula dorang bagi tiap tiap hari. Tapi korag ada choice sama ada nak ambil sekaligus hujung bulan atau minggu aau ikut hari. Macam aku, aku ambil minggu sebab aku rasa kalau aku ambil tiap hari, separuh jalan balik dah habis duit.

Harapan aku, harap aku amanah dalam buat kerja. Mampu menabung bila dapat gaji. Dapat sempurnakan solat.


No comments:

history