Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Sunday 19 May 2013

Gaji Pertama Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hello!

Bacalah tajuk di atas dengan hati yang gembira ya. Akhirnya, seminggu kerja, aku dah dapat gaji yang pertama. Tak adalah banyak mana pun tapi Alhamdulillah akhirnya merasa jugak berkerja dan dapat gaji, bila lagi nak merasa cium duit yang wangi walaupun bau serai. 

Gaji yang pertama telah di bank in kedalam akaun aku sebab aku taknak ambil duit tu dengan tangan. Aku takut nanti hilang atau terguna. Biasalah, jiwa remaja. Nampak baju lawa sikit walaupun sakai nak juga beli. Lumrah lah kan. 

Tapi nak di ceritakan, selama seminggu aku kerja, boleh kata aku hanya kerja tiga hari je. Lagi dua hari aku melepak makan gaji buta sebab tak ada kerja. Best tu memang best tak ada kerja, tapi bosannya sehingga dewa tahap karma langit ketujuh. 

Apapaun, dengan duit yang dapat ni, aku nak buka Akaun ASB. Nak memulakan hidup berjimat cermat, simpan duit buat kahwin. Aku serius. Buat taja aku belajar lagi untuk tahun pertama degree. Yang bagusnya ASB ni sebab nak keluarkan duit tak boleh pakai kad, itu bagus dan memang kena dengan jiwa aku. Kalau tak, asyik mencucuk je sampai kering ATM. 

Sampai sini sahaja, untuk next post, aku buat review pasal buka akaun ASB. Hari Isnin baru boleh buat, tadi aku pergi tak boleh buat sebab hari Sabtu. Ceit. 

No comments:

history