Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Monday, 6 May 2013

Tahniah Kerajaan Baru Yang Dikekalkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hello!

5 Mei 2013, seperti yang sedia maklum, semua tahu hari yang dinyatakan adalah hari mengundi Pilihanraya ke 13. Pada waktu sekarang yang aku tengah tulis ni, kerajaan baru telah pun diumum, tapi kerajaan baru yang dikekalkan. Dengan redhanya, tahniah buat kerajaan Barisan Nasional.

Apakah harapan kita dengan kerajaan baru?
Bagi aku anak muda, aku sangat bencikan politik Malaysia sekarang yang bagi aku sangat tak matang. Sebabnya ialah politik yang saling memburukkan satu sama lain. Sampai bila kita nak macam ni? Yang aku nampaknya, Melayu sama Melayu gaduh. Yang dibincangkan pasal politik. Yang sadisnya, DAP menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, Kelantan masih kekal dengan Kerajaan PAS.

Kita sama sama Melayu bergaduh, kata nak tegakkan Islam? Ya, betul, kita tegakkan Islam, tapi kita sama sama Islam bergaduh? Kenapa tidak berfikiran matang? Duduk semeja, bincang elok elok, apa kebaikan dan keburukan sesuatu benda yang nak dilaksanakan. Apakah yang dilaksanakan betul betul berlandaskan syariat. Ini tidak, aku benci kau, kau benci aku. Kau betul pun aku kata salah, kau salah lagi aku salahkan. Sampai bila?

Kenapa tidak dikumpulkan para cendekiawan seluruh Malaysia. Dari pakar ekonomi sehinggalah pakar pendidikan, duduk semeja berbincang bagaimana kita nak tingkatkan ekonomi dan produktiviti negara. Kenapa juga tidak dikumpulkan para ulama' seluruh Malaysia, duduk semeja minum kopi berbincang bagaimana kita nak selesaikan masalah sosial dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang mahsyur di mata dunia berlandaskan syariat. Ini tidak, kadang kadang aku tengok menteri cadang semua boleh terima.

Tunggu revolusi anak muda, kami mula dari bawah. Menusup ke dalam setiap parti, ubah dari bawah. Cegah korupsi, salah guna kuasa, tegakkan Islam, satukan Melayu, tegakkan bangsa.

"Kalau akar tak digoncang, mahukan pokok bergoyang"

Bukan ditujukan pada sesuatu parti, tapi semua. Aku berharap kerajaan yang baru dikekalkan ni dapat ubah perangai dulu. Tegakkan Islam, perangi rasuah, tinggalkan korupsi, hentikan makan duit rakyat, tinggalkan benda yang tak penting, tingkatkan pendidikan, kurangkan bebanan hutang dan sebagainya. Aku percaya, sedikit sebanyak kerajaan mampu ubah. Strive for a Better Nation.

Wassalam. 



No comments:

history