Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2SAKzdRqy

Saturday 4 May 2013

Paksa diri untuk menabung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hello!

Menabung? hmm, perkara yang aku jarang buat dan tak memang tak minat nak buat. Bukan sebab apa tak minat, tapi aku rasa diri aku ni banyak guna duit. Terutamanya bila topup, keluar dengan kawan dan makan. Ini merupakan main factor bagi aku kenapa duit aku cepat habis. Kadang kadang aku rasa duit aku habis sebab keluar then naik pengangkutan awam, kalau ada Tounc N Go, tak terasa sangat duit keluar macam air terjun Niagra Falls. Kalau naik kereta pun, duit minyak memang kena tanggung sendiri.

Jadi penyelesaiannya disini, aku terpaksa paksa diri aku untuk menabung walaupun dalam tabung buluh. Sebab dulu masa tingkatan 1 ke 2 entah, aku mampu simpan duit hampir 1K dalam tempoh 6 atau 7 bulan. Ni pun lepas tambah sikit duit parents lepas beli barang. Balance tu cekau lah, tapi benda ni sangat tak baik. Jadi, jangan tiru aksi kurang senonoh ni dirumah anda, sebab ianya mampu mengurangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Sekarang aku nak cari tabung. Tabung apa, perlu memilih tabung atau aku amek je yang dah sedia ada. BTW, manalah pergi tabung aku yang bentuk bangunan tabung haji dulu. Lagi satu yang bentuk kelapa. Tak kisahlah, janji aku kena menabung.

Lagi satu, aku terfikir berapa lama tempoh aku nak menabung. Means nak buka kira duit dan masukkan dalam bank. Sebulan? 3 bulan? 6 bulan ataupun setahun? tak apalah, kita ikut progress dulu. Aku harapkan cita cita nak menabung aku ni aku mampu terapkan dalam diri ni sampai bila bila pun.

Teringat kata kata Professor aku masa aku belajar dulu bila sebut pasal wang ni. Dia kata

"Bila kita dah hidup senang, kita jangan jadi bangsa yang bangsat"

InsyaAllah aku akan pegang kata kata ni sampai bila bila. Ya, kita manusia hawa nafsu kita kuat, bila duit dan kuasa diletakkan di tahap yang pertama, mulalah kita lupa tentang dunia selepas ini. Jadi, sesama lah kita ingat dan mengingatkan. Wallahua'alam. 





No comments:

history